eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Bila Hati Berbisik Lakonan Tania Hudson, Ikmal Amry

 


 antikan drama bersiri 'Bila Hati Berbisik' di saluran RTM. Dibintangi oleh Tania Hudson, Ikmal Amry, Zaki Azeman, dan ramai lagi. Drama 26 episod arahan Wan Cromox.

JUDUL : BILA HATI BERBISIK
EPISOD : 26
TARIKH TAYANGAN : 2021
WAKTU SIARAN : -
SIARAN TV : RTM TV1
PENULIS SKRIP : Nana Khalil
PENGARAH : Wan Cromox
PRODUKSI : Juanridz Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Tania Hudson, Ikmal Amry, Zaki Azeman, Adriana Adnan, Fathil Dani, Amanda Misbun, Qazem Nor, Kuna Muzani, PU Rizz, Jasmine Suraya, Shahrin Fuzi, Amir Raja Lawak

WATAK PELAKON 

Ikmal Amry sebagai Mukhriz
Tania Hudson sebagai Laila
Zaki Azeman sebagai Tengku Adam
Adriana Adnan sebagai Natasha
Fathil Dani sebagai Bahri
Amanda Misbun sebagai Suraya
Kuna Muzani sebagai Norma
PU Rizz sebagai Ustaz Reza

SINOPSIS BILA HATI BERBISIK

Mengisahkan Laila seorang model yang jauh dari amalan agama. Satu hari dia dilamar oleh kekasihnya Mukhriz walaupun hakikatnya Norma ibu Mukhriz amat benci pada Laila. Tanpa disangka ayahnya Bahri meminta permintaan terakhir supaya Laila berubah menjadi anak yang solehah. Berat untuk Laila membuat keputusan walaupun dinasihati oleh teman baiknya Natasha. 

Apabila Laila menerima pelbagai tanda hidayah dirinya mula cuba berhijrah. Laila mula rajin ke masjid menyertai usrah dan solat berjemaah bersama teman-teman jemaah yang baru dikenali. Tanpa di sangka, Ustaz Reza dan Tengku Adam yang ke masjid yang sama juga terjatuh hati padanya. 

Perhubungan Laila bersama Mukhriz makin goyah akibat campur tangan ibu Mukhriz, Norma yang sengaja mencari calon isteri mengikut kehendaknya dengan perkenalkan Hanum kepada Mukhriz, yang akhirnya berjaya menambat hati Mukhriz. 

Pada masa yang sama, Laila semakin rapat bersama Tengku Adam. Tanpa disangka, Natasha terjatuh hati kepada Tengku Adam, membuatkan Laila cemburu sedangkan kekasihnya Mukhriz. Laila dalam dilema mencintai Tengku Adam yang tersangat baik terhadapnya sedangkan Laila masih setia kepada Mukhriz.