eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Derhaka Cinta Jebat Lakonan Azlee Khairi, Elvina Mohamad

Lakonan Azlee Khairi, Elvina Mohamad

Tonton drama adaptasi novel 'Derhaka Cinta Jebat' karya Cik Tet yang bakal menampilkan gandingan Azlee Khairi dan Elvina Mohamad. Drama 26 episod terbitan Suhan Movies & Trading, diarahkan oleh Ejump Mohd. Akan ditayangkan di saluran RTM.

JUDUL : DERHAKA CINTA JEBAT
TONTON FULL EPISOD :1- 26
TARIKH TAYANGAN :3.1.2022
WAKTU SIARAN : 6PM
SIARAN TV : TV1 RTM
PENULIS SKRIP : Syed Mohaamaad Taufik Syed Abdul
PENGARAH : Ejump Mohd
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry, Jasper Supayah, Faez Nick, Daniel Fong, Ikhwan Rosli, Nina Fazurina, Puteri A'teeqah Ayu, Mimi Edina, Bohari Ibrahim, Wilma Muhammad, Hannah Qiassatina

WATAK PELAKON 
Azlee Khairi sebagai Jebat Zulkarnain 
Elvina Mohamad sebagai Aisyah Humairah
Ikmal Amry sebagai Tuah
Jasper Supayah sebagai Cemelia 
Faez Nick sebagai Iqbal 
Ikhwan Rosli sebagai Salim
Nina Fazurina sebagai Amira
Puteri A'teeqah Ayu sebagai Suria
Mimi Edina sebagai Inara
Hannah Qiassatina sebagai Fatihah 

SINOPSIS DERHAKA CINTA JEBAT

Semua berpunca kerana rasa dendam, salah faham dan ditambah pula dengan ego yang tinggi melangit, sanggup Jebat Zulkarnain menzalimi Aisyah Humaira isterinya sendiri. Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar.

Tanpa usul periksa teganya Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia berkasihan dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya. Aisyah benar-benar kecewa. Jebat mendustai cintanya. Dia dinikahi Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu.

Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka. Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?

PROMO DERHAKA CINTA JEBAT


PARA PELAKON DERHAKA CINTA JEBAT

PARA PELAKON DERHAKA CINTA JEBAT2

PARA PELAKON DERHAKA CINTA JEBAT4
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28