eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Love Elsa Lakonan Zul Ariffin, Uyaina Arshad

 

Tonton drama adaptasi novel 'Love, Elsa' karya Acik Lana akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan pelakon Zul Ariffin dan Uyaina Arshad. Drama terbitan Juita Viden diarahkan oleh Michael Ang. 

JUDUL : LOVE, ELSA

FULL EPISOD : 1-24
TARIKH TAYANGAN : 2021
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Mamu Vies
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Azhar Amir, Ramona Zamzam, Zeera Azizi, Mona Allen, Riz Amin, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari, Nik Adam Mika, Ku Fridah, Zalfazin

WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Ridza Kim
Uyaina Arshad sebagai Ammara
Zeera Azizi sebagai Sofea
Mona Allen sebagai Madam Qistina
Nasz Sally sebagai Habsah
Iman Suhana sebagai Hamidah 

SINOPSIS LOVE ELSA

Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. 

Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.

Kemunculan Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim dan lahirnya perasaan cinta.

SINOPSIS NOVEL  LOVE ELSA
Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total.

Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?

Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!

Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.

Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.

“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara

“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim

Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.

Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.

Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?

Episod 18 - Pakcik Wahid tak puas hati dan membantah apabila Imran akan dijadikan pemegang terbesar di syarikat mereka. Nenek meminta Ramona untuk memastikan Ammara tidak dapat apa-apa dari Tuan Elias.

Episod 17 - Ridza dan Imran terkejut apabila mereka mendapat tahu yang salah seorang dari mereka bukan anak Adam Hakim. Kamarul mengupah dua pekerjanya mencuri pen Qistina yang boleh merakam suara itu.

Episod 16 - Ammara akhirnya menerima lamaran Ridza untuk jadi isterinya Pakcik Wahid beri tahu Ridza bahawa dia tahu mungkin Ammara ada kuasa tersendiri dan Ridza menyuruhnya untuk siasat tentang syarikat.

Epsiod 15 - Ridza mahu menghalalkan hubungan dan memberanikan diri melamar Ammara tetapi reaksi Ammara terhadap lamaran itu tidak seperti yang Ridza sangka. Ridza masih tidak yakin dengan Imran.

Episod 14 - Ridza terserempak dengan Imran dan Ammara keluar berdua membuatkan dia rasa cemburu dan sangsi. Pertelingkahan Ammara dan Tuan Elias terus berterusan apabila Tuan Elias masih pertahankan Ramona.

Episod 13 - Kemunculan Imran secara tiba-tiba buat Ridza dan Madam Qistina curiga. Madam Qistina mengarahkan Sofea menyiasat Imran. Secara tak sengaja Ammara ternampak masa silam Imran.

Episod 12 - Madam Qistina menyakinkan Ridza bahawa dia tidak berniat jahat apabila Ridza mula curiga dengannya. Ammara sudah jatuh cinta dengan Ridza tapi dia tidak yakin Ridza akan rasa benda yang sama.

Episod 11 - Pakcik Wahid cipta strategi baru untuk menutup salah anaknya Kamarul dari ditahan pihak polis. Ridza percaya janji-janji manis pakcik Wahid dan membiarkan pakciknya terus menjaga syarikat itu.

Episod 10 - Ridza perangkap dan menyerang Kamarul memaksa dia mengaku yang Kamarul membunuh Shafini. Ammara menjadi pelik bila mak tirinya Ramona tidak jadi halau dia keluar dari rumah.

Episod 9 - Ammara berkeras untuk menolong Ridza selesaikan siasatan itu walaupun ia boleh membahayakan keselamatannya. Pergerakan pakcik Wahid dan Kamarul semakin mencurigakan Ridza dan Madam Qistina.

Episod 8 - Ammara dan pakcik Zamir secara tak sengaja jumpa Ridza pengsan. Ridza membuat keputusan untuk tidak terlibat lagi dengan syarikat ayahnya dan tak disangka Shafini terdengar perbualan jahat Kamarul.

Episod 7 - Tuan Elias menuduh Ammara buat sesuatu yang tidak elok selepas Ammara terlihat berdua-duaan dirumah Ridza dan dia memberi amaran supaya Ridza tidak berkawan lagi dengan Ammara.

Episod 6 - Siasatan dilanjutkan. Ridza bawa Ammara jumpa Kamarul untuk melihat apa yang berlaku dari pandangan Kamarul. Ammara merasa cemburu apabila Ridza bertemu kembali bekas kekasihnya Shafini.

Episod 5 - Ridza dan Ammara berpura-pura menjadi kekasih untuk menyiasat pakcik Ridza. Secara tak langsung menjadi kawan pertama kepada Ammara yang sebelum ini Ammara tidak mempunyai kawan rapat.

Episod 4 - Ridza mula sangsi dengan orang sekelilingnya termasuk pakciknya sendiri. Disebabkan Ridza sudah tahu kebolehan Ammara, Ridza merayu kepada Ammara supaya bantu dia menyiasat.

Episod 3 - Ridza masih meneruskan siasatannya siapa dalang yang menyebabkan keuntungan syarikat arwah bapanya yang semakin berkurangan. Pergaduhan antara Ammara dan Ramona ibu tirinya semakin tegang.

Episod 2 - Ridza tertanya-tanya macam mana Ammara boleh tahu nama panggilannya masa kecil tetapi Ammara enggan memberitahu hal sebenar. Ridza tidak puas hati dan cuba untuk berkawan dengan Ammara.

PROMO DRAMA LOVE ELSA

PARA PELAKON DRAMA  LOVE ELSA
Drama Love Elsa Lakonan Zul Ariffin, Uyaina Arshad 1
PARA PELAKON DRAMA  LOVE ELSA 2

PARA PELAKON DRAMA  LOVE ELSA 4

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21 Episod22 Episod 23 Epiosd 24 Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29 Episod 30 Episod 31 Episod 32 Episod 33 Episod 35