eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Marry Me Senorita Lakonan Janna Nick,Dini Schatzmann

Nantikan drama adaptasi novel 'Marry Me Senorita' karya Suri Ryana di slot MegaDrama Astro Ria. Manemukan gandingan Dini Schatzmann dan Janna Nick. Akan ditayangkan pada tahun depan.

JUDUL : MARRY ME, SENORITA
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 2021
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah
PENULIS NOVEL : Suri Ryana
PENGARAH : Michael Ang & Nur Ain Sharif
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick , Dini Schatzmann, Yasmin Hani, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Shaza Bae, Siti Khadijah Halim, Natasha Elyzza, Asha Merican

WATAK PELAKON 

Janna Nick sebagai Isa Alejandro
Dini Schatzmann sebagai Sofiy Leia
Yasmin Hani sebagai Engku Marini
Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
Fadilah Mansor sebagai Engku Zaharah
Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
Siti Khadijah Halim sebagai Tina
Natasha Elyzza sebagai Shelli
Asha Merican sebagai Idora

SINOPSIS MARRY ME SENORITA

Isa Alejandro, seorang lelaki kacukan Sepanyol ingin melamar seorang wanita bernama Sofiy Leia. 

Isa Alejandro muncul saat Sofiy Leia tidak mempunyai sesiapa dan berada dalam bahaya. Sofiy terpaksa bersetuju apabila sedar dia benar-benar diburu oleh Tina sebaik sahaja Sofiy cuba meninggalkan Isa. 

Namun, kebahagiaan yang baru dikecap dilanda badai apabila bekas tunang Isa, Rosa Arabella cuba merebut Isa kembali. 

Episod 1
Sofiey Leia dihalau keluar dari rumah oleh mak longnya sendiri. Kerana tidak mempunyai hala tuju, Sofiy bercadang untuk ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan Tina.

Episod 2
Sofiy cuba jauhkan diri dari Isa dan tidak mahu terlibat dengan masalah keluarga Isa tapi cubaannya gagal apabila Tina cuba membawa Sofiy lari.

Episod 3
Keberadaan Sofiy dirumah membuatkan Nenda Isa sangat suka kepada Sofiy. Tina yang tidak puas hati dengan Sofiy, menfitnah Sofiy dekat mak longnya.

Episod 4
Bagi menyakinkan Sofiy, Isa setuju dengan syarat yang Sofiy tetapkan untuk tengok Isa tidak akan mengambil minuman arak lagi.

Episod 5
Rosa mendapat tahu bahawa Isa telah berkahwin dengan Sofiy membuatkan Rosa memalukan Sofiy di sosial medianya.

SINOPSIS MARRY ME SENORITA DARI NOVEL
“Marry me, senorita.” - Isa Alejandro.

Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” - Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” - Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” - Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” - Isa Alejandro.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” - Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” - Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?