eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gadis Ini Kongsi Kisah Bapanya Catat Seluruh Perbelanjaan Sejak Dia Dilahirkan

 

Setiap keluarga mempunyai cara unik tersendiri yang mereka lakukan dalam membesarkan serta mendidik anak-anak mereka. Namun anak-anak mungkin tidak tahu bahawa cara itu tidak dilakukan oleh keluarga lain dan terkejut apabila mendapat tahu hanya keluarga mereka yang ‘pelik’.

Bagi seorang gadis ini, kisahnya membuat ramai tergamam apabila mendapat tahu bahawa dia mempunyai hutang bernilai 20 tahun.

Dalam video TikTok yang dikongsikan , gadis itu menceritakan bagaimana bapanya mencatat rekod semua perbelanjaan yang dibelanjakan ke atasnya sejak dia lahir.


Semua resit perbelanjaan dan barang yang dibelikan untuknya termasuklah makanan, pakaian dan barangan sekolah disimpan dalam buku jilid dan semua adik beradiknya mempunyai buku jilid masing masing.

Gadis tersebut yang mempunyai dua orang abang berkata kedua-dua abangnya yang kini telah mempunyai keluarga masing-masing telah membayar semua hutang kepada bapa mereka.

Namun gadis berusia 20 tahun itu juga diberitahu bahawa buku jilidnya 2 kali lebih tebal dari buku kedua-dua abangnya apabila digabungkan.

Dia meluahkan rasa resah kerana tidak tahu bagaimana untuk membayar hutang sebesar nilai usianya memandangkan dirinya sendiri masih tidak mempunyai pekerjaan.