eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gelagat Anak Ini Enggan Terima Hadiah Beg Frozen Bikin Anda Tergelak

 

Sudah menjadi kebiasaan bila budak lelaki lebih menyukai watak-watak karton seperti robot atau karakter pahlawan seperti Ali Ali ,Naruto atau Boiboiboy

Bagi pelajar yang berjaya menjadi pemenang untuk aktiviti yang disertai, pasti teruja dan bangga mendengar nama mereka dipanggil dan menerima hadiah di atas pentas sambil disaksikan seluruh warga sekolah.

Namun lain pula situasi yang berlaku apabila seorang kanak-kanak ini ‘reject’ hadiah yang diberikan kepadanya.

Dalam video yang dikongsikan oleh , dapat dilihat guru sedang memberikan hadiah berupa beg sekolah kepada murid-murid di atas pentas dalam sebuah majlis anugerah kecemerlangan.

Apabila tiba giliran seorang budak lelaki ini, dia bersalaman dengan guru sebelum guru tersebut menghulurkan hadiah beg sekolah berkenaan kepadanya dan memandang ke arah kamera.

Apa yang mencuri perhatian adalah gelagat kanak-kanak itu yang enggan memegang beg dengan cetakan kartun Frozen itu.

Gurunya dilihat cuba memberikan beg itu kepada kanak-kanak tersebut namun ditolaknya, dan apabila dipakaikan di belakangnya, kanak-kanak berkenaan membuka semula beg Frozen tersebut.