eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Luar Setinggan, Dalam Banglo”, Video Pengajaran Jadi Bahan Bualan

 


Dalam kehidupan, kita perlu sentiasa berbuat baik kepada orang ramai terutamanya dengan kenalan rapat dalam membantu mereka yang mengalami kesusahan. Jika kita merasakan kesusahan, ingatlah bahawa masih terdapat ramai lagi insan yang lebih merasa kepayahan berbanding dengan diri sendiri.

Biarpun begitu, terdapat sebuah video yang tular  dimana ia memaparkan tentang kisah seorang gadis yang terpaksa mencari makanan demi menyara neneknya yang sedang sakit. Menerusi rakaman itu, kelihatan seorang lelaki yang telah membeli pisang goreng di sebuah gerai tepi jalan.

Namun begitu, lain pula yang jadi apabila makanan terbabit telah dibawa lari oleh gadis berbaju pink tersebut ketika dia cuba menjawab telefon. Ekoran daripada itu, lelaki tersebut telah mengejar gadis berkenaan sehingga tiba di hadapan sebuah rumah yang usang. Rupa-rupanya gadis itu adalah pemilik rumah terbabit.


Disebabkan itu, dia telah rasa serba salah namun dia juga masih mengikuti gadis tersebut sehingga ke dalam rumah sambil mendengar perbualan bersama neneknya. Ternyata kejadian itu telah membuatkan dirinya rasa kasihan kepada mereka dan akhirnya lelaki itu memperkenalkan diri sebagai rakan gadis berkenaan.

Walau bagaimanapun, perkara yang lebih menjadi perhatian apabila warga netizen turut meluahkan rasa terhibur mereka dengan rakaman video terbabit kerana ia menunjukkan rumah yang dilakonkan itu tidak sama keadaannya di dalam dan di luar. “Luar setinggan, dalam banglo”.