eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Netflix Dedah Bagaimana Dokumentari Hidupan Liar Dihasilkan "Rasa Ditipu Pulak"..

 


Dokumentari hidupan liar adalah filem atau siri bergenre dokumentari mengenai haiwan dan tumbuhan yang biasanya dirakam di habitat semula jadi mereka seperti hutan atau safari.

Tujuan dokumentari-dokumentari ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penonton tentang kehidupan haiwan yang mereka tidak dapat saksikan dalam kehidupan seharian.

Lebih-lebih lagi dengan pembangunan bandar yang memisahkan manusia dengan makhluk lain di atas muka bumi ini, dokumentari hidupan liar dapat mengajar orang ramai tentang alam semula jadi.

Walau bagaimanapun, sebuah video yang tular baru-baru ini mendedahkan sesuatu yang ramai tidak tahu berkenaan penghasilan dokumentari hidupan liar.



Video TikTok yang dikongsikan seorang pengguna Twitter itu menunjukkan seorang lelaki sedang menonton dokumentari yang disiarkan di Netflix.


Dalam klip tersebut, seekor kumbang jantan dilihat sedang berlawan dengan kumbang jantan lain untuk mengawan, apabila tangan seseorang menyentuh kumbang tersebut.


Apabila kita menonton dokumentari haiwan pasti kita membayangkan jurugambar menunggu di dalam hutan dengan kamera mereka untuk merakam kehidupan haiwan-haiwan secara dekat.


Namun klip tersebut mendedahkan bahawa adegan antara kedua-dua serangga tersebut sebenarnya diambil di studio.


Perkongsian yang telah meraih lebih 1.5 juta tontonan itu membuat ramai rasa tertipu.


“Ditipu seumur hidup…” 





sumber:Twitter