eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Tak tau la Jep ni makan apa. Laju je akal dia nak buat lawak”

 

Nampaknya, sejak rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live mula bersiaran lagi di kaca televisyen membuatkan nama penyampai radio dan pelawak terkenal, Jep Sepahtu acap kali menjadi perhatian warganet.

Buat yang mengikuti perjalanan kerjaya lawak Jep yang merupakan salah seorang kumpulan Sepahtu, pastinya tahu bahawa lawaknya tidak pernah mengecewakan penonton.



Beberapa kali memenangi pertandingan lawak, ia membuktikan lagi pelawak ini menjadi antara kegemaran ramai. 

Sehingga kini, Jep tidak henti-henti menerima pujian penonton Sepahtu Reunion Live apabila ada-ada sahaja idea lucu yang menghiburkan orang ramai. 

 Melalui posting menerusi Instagram Zon Lawak pula, satu babaknya dalam rancangan lawak itu mengundang pula reaksi positif penonton yang akui sering terhibur dengan lawak-lawak spontannya.

 

 


lawak dan kelakar yang ada pada diri Jep Sepahtu. Ada netizen turut merasa salute dengan pelawak ini yang pandai menghiburkan penonton disamping memuji lawaknya yang dikatakan jujur

Walau bagaimanapun, diruangan komen sedutan episod yang lalu itu membuatkan warganet mengambil kesempatan itu untuk memuji bakat lawak dan kelakar yang ada pada diri Jep Sepahtu.

Ada netizen turut merasa salute dengan pelawak ini yang pandai menghiburkan penonton disamping memuji lawaknya yang dikatakan jujur.