eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video) Kamal Adli Melamar Uqasha Senrose Di AME2020

 


Sebentar tadi pelakon Kamal Adli membuat kejutan apabila melamar kekasihnya, Uqasha Senrose di pentas ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era (AME) 2020 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sambil melutut di hadapan aktres terbabit, Kamal, 34, melafazkan kata lamaran dengan menyerahkan sebentuk cincin.

"Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?" katanya.

Tampak terkejut dengan aksi gandingannya dalam drama Perempuan Tanpa Dosa itu, Uqasha membalas

"Awak promosi drama baharu kitakah?"

Kamal kemudian mengulang soalannya sebelum Uqasha, 28, menjawab 'yes' sambil disambut sorakan penonton.

Hubungan baik pasangan selebriti ini menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad, tahun lalu.

Beberapa bulan lalu, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang dilaporkan secara tidak sengaja bertanya kepada Kamal dan Uqasha apakah mereka mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang, ketika penggambaran drama terbabit