eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

21 Filem Korea Yang Berdasarkan Kisah Sebenar

 


1.Miracle In Cell No.7 (2013)

Merupakan filem sedih dari sebuah kisah benar terjadi pada tahun 1972 di Korea Selatan ,dimana pada saat itu hukuman berlaku diskriminasi kepada golongan yang bermasalah mental

filem ini yang menampilkan Lee Yong Go(Ryu Seung Ryong) yang mempunyai anak kecil pada saat dia dijatuhkan hukuman pasti memberi kesan sedih kepada sesiapa yang menontonnya

yang menarik jugak filem ini telah diadaptasi juga dalam pelbagai versi dari negara lain seperti India,Filipina dan Turki Serta Indonesia

yang pasti filem ini telah mendapat sambutan daripada ramai penonton walaupun dialih ke versi negara lain

2. The Battleship Island / Goonkanjima (2017)


 Berdasarkan kisah benar tentang perjuangan warga Korea Selatan pada 1945 ketika perang dunia kedua (filem ini kontroversi di Jepun). 

Dalam 400 warga Korea Selatan menjadi tahanan Jepun dan dipaksa bekerja di perlombongan arang batu. Di Pulau Hashima, Nagasaki (bentuk pulau ini seperti Kapal Perang), buruh-buruh paksa ini dilayan dan diperlakukan dengan layanan yang tidak berperikemanusiaan

3.Silenced / The Crucible / Dokani (2011)


Filem arahan Hwang Dong-hyuk ini diadaptasi dari novel karya Gong Ji-young yang ditulis berdasarkan pada peristiwa sebenar yang pernah berlaku di Gwangju Inhwa School, sekolah khas untuk pelajar cacat pendengaran, di mana pelajar-pelajar di sekolah tersebut adalah mangsa gangguan seksual berulang kali oleh anggota fakulti sekolah itu selama tempoh 5 tahun pada awal tahun 2000-an. Silenced dibintangi pelakon seperti Gong Yoo dan Jung Yu-mi.

4.Children (2011)


Filem menyayatkan hati dan misteri ini diarahkan oleh Lee Hyeon-jin dan Lee Kyu-man. Ia berdasarkan insiden ‘Frog Boy’, peristiwa sekumpulan lima orang budak lelaki Korea Selatan berusia 9-13 tahun yang hilang pada 26 Mac 1991 ketika memburu katak. Mayat mereka ditemui 11 tahun kemudian di Gunung Waryong. Kes ini menjadi kes yang belum dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa Korea Selatan.

5.The Chaser (2008)


Berdasarkan pembunuh bersiri Korea, Yoo Young-chul yang juga mengaku dirinya kanibal. Dia mengakui membunuh 21 orang, kebanyakannya pelacur dan lelaki tua yang kaya. Dia melakukan jenayahnya itu antara September 2003 dan Julai 2004, ketika dia ditangkap. Yoo menerangkan motifnya di hadapan kamera TV dengan berkata, “Wanita tidak boleh menjadi pelacur, dan orang kaya patut tahu apa yang mereka lakukan”

6. 71 : Into The Fire (2010)

 Pada era 50an, semenanjung Korea terlibat dengan perang saudara diantara Korea Utara dan Korea Selatan. Antara pentempuran yang paling diingati dalam sejarah perang Korea adalah Battle of P’ohang-dong. Filem 71: Into The Fire diadaptasikan dari pertempuran tersebut dimana pasukan kumpulan 71 pelajar tentera Korea Selatan telah terlibat dalam pertempuran dengan pasukan tentera Korea Utara.

Kejadian yang berlaku pada 11 Ogos 1950 menyaksikan kebanyakn daripada mereka telah terbunuh. Selama 11 jam, mereka mempertahankan sekolah menengah gadis P’ohang, lokasi strategik untuk melindungi perimeter Sungai Nakdong, dari serangan oleh pasukan Korea Utara yang sangat berkuasa

7.Don’t Cry Mommy (2012)


Juga berdasarkan kisah sebenar “Miryang Gang Rape” tentang seorang pelajar perempuan yang dirogol oleh 44 orang pelajar lelaki sekolah menengah selama setahun. Tetapi filem ini hanya diinpirasikan dari kes tersebut, lebih banyak fiksyen dari fakta.

Pengarah ini berkata dia membuat filem ini untuk meningkatkan kesedaran tentang jenayah seks dan bagaimana kisah tragis ini merosakkan kehidupan mangsa dan keluarga mereka. Penderaan seksual adalah seperti menghancurkan jiwa manusia.

8.Hope (2013)

Filem ini didasarkan pada kisah benar, kes Cho Doo-Soon yang terkenal pada tahun 2008, di mana seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, bernama “Na-young” di akhbar Korea, diperkosa dan dipukul oleh lelaki mabuk berusi 57 tahun – di tandas awam. Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun kepada lelaki itu, dan telah menimbulkan kemarahan rakyat Korea Selatan kerana berpendapat mahkamah tidak menjatuhkan hukuman setimpal terhadap lelaki itu.

9. A Taxi Driver (2017)


A Taxi Driver ialah sebuah filem cereka sejarah dari Korea Selatan tahun 2017 arahan Jang Hoon bersadarkan skrip nukilan Eom Yu-na serta dibintangi Song Kang-ho dan Thomas Kretschmann.

Filem ini berdasarkan pengalaman sebenar Jürgen Hinzpeter, seorang wartawan Jerman Barat bersama seorang pemandu teksi Seoul menyaksikan keganasan dahsyat yang melanda semasa para askar melawan peajar universiti yang menunjuk perasaan di Gwangju tahun 1980 semasa rejim Republik Keempat Korea Selatan.

10.Cart (2014)


Filem ini sebahagian besarnya diilhamkan dari insiden yang berlaku tahun 2007 di mana Homever, sebuah rangkaian pasar raya yang dimiliki oleh E-Land Group, memecat pekerja sementara, kebanyakannya wanita, dan menggantinya dengan pekerja luar untuk memintas undang-undang baru yang menghendaki pekerja diberi status pekerja tetap selepas tempoh tertentu.

Pekerja yang dipecat dan kesatuan pekerja telah melancarkan mogok di hadapan pasar raya selama 512 hari sehingga masalah itu diselesaikan, dengan beberapa pekerja dimasukkan semula. Cart menceritakan kisah pekerja pasar raya runcit yang berkumpul ketika pekerja kontrak diberhentikan oleh majikan.

11.As One (2012)


As One berdasarkan kisah kehidupan sebenar pemain tenis Ping Pong Korea Selatan dan Korea Utara yang bergabung untuk bermain dalam Kejohanan Tenis Meja Dunia 1991 di Chiba, Jepun. Filem ini menggambarkan semua perjuangan yang mereka hadapi untuk bersama-sama menjadi pasukan yang bersatu

12.Way Back Home (2013)


Way Back Home memberi fokus pada kisah seorang surirumah berbangsa Korea yang dipenjara selama 2 tahun di Martinique selepas dituduh secara salah menyeluduh dadah di lapangan terbang Paris. 

Kisah sebenar berlaku pada 2004 apabila Jang Mi-jeong ditahan di lapangan terbang Orly di Perancis kerana begnya mengandungi 17 kilogram kokain. Dia menjadi mangsa keldai dadah selepas rakan suaminya, yang telah dikenali selama 10 tahun, memberi beg itu kepadanya. Kisah Jang telah dijadikan dokumentari siasatan KBS, Depth 60 Minutes, dan dia juga menulis buku Lost Days yang menceritakan harinya ditahan sehingga dipejarakan.

13.The President’s Last Bang (2005)

Sebuah filem satira ‘black comedy’ tahun 2005 yang berdasarkan peristiwa pembunuhan presiden Korea Selatan, Park Chung Hee, dan peristiwa selepas itu, dari tahun 1963 hingga 1979. Gambaran presiden Park menjadi kontroversi sehingga saman telah difailkan, dan mahkamah memerintahkan tapisan sebanyak 3 minit 50 saat dari durasi filem ini

14.Where The Truth Lies (2009)


Juga dikenali sebagai The Case of Itaewon Homicide, filem ini berdasarkan kisah benar iaitu kes pembunuhan Itaewon. Ia mengisahkan dua remaja A.S bermasalah, yang menjadi suspek utama kes pembunuhan seorang pelajar kolej yang mayatnya ditemui di Burger King, Itaewon. Kes ini menjadi kontroversi di Korea dan masih tidak dapat diselesaikan. Dua suspek utama telah dibebaskan kerana kekurangan bukti. 

15. My Father (2007)


Filem ini mengisahkan seorang anak angkat yang mencari ibu bapa kandungnya di Korea Selatan. Semasa pencariannya, dia bertemu dengan ayah kandungnya yang merupakan seorang banduan yang dijatuhkan dihukum mati.

Filem ini berdasarkan peristiwa sebenar, dan tayangannya telah mencetuskan kontroversi kerana keluarga mangsa yang berkaitan dengan kes itu tidak menyokong produksi filem ini. Walaupun terpalit dengan kontroversi, ia tidak menghalang My Father menduduki tangga teratas box office.

16.The Admiral: Roaring Currents (2014)


 The Admiral: Roaring Currents merupakan filem sejarah yang berdasarkan Pertempuran Myeongnyang, iaitu pertempuran laut bersejarah di Selat Myeongnyang yang melibatkan angkatan tentera laut Kerajaan Joseon dan angkatan tentera laut Jepun. Filem ini mengisahkan kehebatan Komander tentera laut Korea, Yi Sun-sin, yang mengetuai pertempuran menentang lebih 300 kapal tentera laut Jepun. Sudah tentu, Kerajaan Joseon menang walaupun dengan hanya 13 kapal perang.

17.Memories of Murder (2003)


Satu lagi filem jenayah thriller Korea. Memories of Murder diarahkan oleh Bong Joon-ho dan berdasarkan kes pembunuh bersiri pertama Korea selatan. Walaupun filem itu tidak menyebutnya, antara tahun 1986 dan 1991, 10 wanita didapati telah dibunuh di Hwaseong. Tetapi filem ini hanya memfokuskan kisah dua detektif yang ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuh bersiri ini

18. Northern Limit Line (2015)


Berdasarkan kejadian sebenar “Pertempuran Kedua Yeonpyeong” yang berlaku pada 29 Jun 2002 antara bot peronda Korea Utara yang menyeberang ke perairan Korea Selatan dan melancarkan serangan mengejut keatas bot peronda Korea Selatan Chamsuri 357. Insiden itu berlaku pada malam sebelum perlawanan terakhir Piala Dunia 2002, menyaksikan enam pelaut di bot Chamsuri 357 terbunuh, mencederakan 18 orang lain, dan memusnahkan bot peronda.

19.The Attorney (2013)


Filem ini diilhamkan oleh “kes Burim” pada tahun 1981, semasa rejim Chun Doo-hwan, 22 pelajar, guru dan pekerja pejabat yang memasuki sebuah kelab buku ditangkap tanpa waran atas tuduhan palsu yang mereka adalah warganegara Korea Utara yang meraih simpati. Roh Moo-hyun, seorang peguam cukai dari Busan, membentuk pasukan perundangan dengan sekutunya (termasuk Moon Jae-in dan Kim Kwang-il) untuk mempertahankan individu yang ditangkap oleh kerajaan.

Setelah itu, Roh Moo-hyun menjadi seorang peguam hak asasi berpengaruh sepanjang tahun 1980-an, dia kemudian memasuki politik dan menjadi presiden ke-16 Korea Selatan. Kemudian, Moon Jae-in juga menjadi presiden ke-19 Korea Selatan

20. The Last Princess (2016)


Menceritakan kembali kehidupan sebenar Puteri Yi Deok-hye (Son Ye-jin), puteri terakhir dari Dinasti Joseon, filem ini kebanyakan berlangsung pada waktunya di Jepun di mana dia dipaksa untuk ke negara matahari terbit itu, alasannya untuk pendidikannya. 

Di sana, dia menjadi tawanan oleh Empayar Jepun dan menyaksikan kengerian yang menimpa rakyat-rakyatnya dan kemudian dia diatur perkahwinannya dengan seorang kerabat diraja Jepun. Walaupun Korea mencapai kemerdekaan tidak lama kemudian, dia masih tidak dapat pulang ke tanah airnya selama bertahun-tahun kerana dituduh pembelot.

21.Voice Of A Murderer (2007)


Berdasarkan kisah sebenar penculikan Apkujeong yang terkenal dan pembunuhan Hyung-ho Lee yang berusia 9 tahun, yang bermula pada 29 Januari 1991. 44 hari kemudian, mayat kanak-kanak itu ditemui di parit pembentongan Sungai Han. Dalam prosesnya, pelaku menghubungi ibu bapa mangsa berkali-kali. Kes pembunuhan itu tidak pernah diselesaikan dan telah ditutup, kerana kes itu sudah melepasi Statue Of Limitation di Korea (15 tahun).