eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Adegan Jatuh Eskalator Bikin Berdekah, “Ada Kena Lempang pengarahnya…”

 


Drama Indonesia atau lebih dikenali sebagai sinetron tidak pernah gagal membuat penonton geleng kepala dengan babak-babak mengarut atau tidak masuk akal.

Biasanya babak-babak ini bertujuan untuk membuatkan jalan cerita lebih dramatik, namun idea-idea yang digunakan disertakan pula dengan suntingan dan kesan khas yang terlalu berlebihan membuatkan sesuatu babak itu kelihatan sangat lucu.

Itulah juga yang dapat disaksikan dalam sebuah babak sinetron yang tular di Twitter baru-baru ini di mana kemalangan yang berlaku membuat penonton garu kepala memikirkan bagaimana ia boleh terjadi.


 Dalam klip video tersebut, seorang kanak-kanak dilihat menangis ketakutan kerana tersekat di ruang tengah antara dua eskalator.

Ibu kanak-kanak itu yang terkejut melihat anaknya dalam bahaya berlari menaiki eskalator untuk ‘menyelamatkan’ kanak-kanak itu.

Selepas dia membawa anaknya keluar, wanita itu terpijak tangga eskalator yang sedang bergerak menyebabkan dia hilang keseimbangan dan terjatuh dari tangga bergerak itu, sambil anaknya menangis melihat apa yang berlaku.

Adegan tersebut mengundang ramai untuk meninggalkan pelbagai komen lucu berkenaan adegan dramatik tersebut 


Sumber:Twitter