eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Adik Campak Anjing ,Tindakan Kakak Membuat Ramai Netizen Terkejut

 


Kadang kala haiwan peliharaan pun boleh jadi mangsa untuk kanak-kanak berkasar bagi menunjukkan kemarahan mereka.

Perkara yang sama dapat dilihat dalam sebuah video yang tular ini di mana sepasang adik beradik sedang bermain di luar rumah bersama anjing peliharaan mereka.

Namun kanak-kanak lelaki itu kemudian mengangkat anjing tersebut dan mencampakkannya dengan kasar sambil diperhatikan kakaknya.

Budak perempuan itu kemudian menghampiri anjing itu dan memukul adiknya kerana berkasar dengan anjing tersebut.



Adiknya cuba membalas pukulannya dan kedua-dua mereka bergelut seketika tetapi kanak-kanak perempuan tersebut berjaya memberikan satu pukulan yang kuat pada belakang budak lelaki itu membuat dia meraung kesakitan.

Budak perempuan itu kemudian mengangkat anjing tersebut untuk melindunginya, dan budak lelaki itu cuba sekali lagi untuk membalas pukulan kakaknya.

Namun kanak-kanak perempuan tersebut hilang sabar dan meletakkan semula anjing berkenaan ke bawah sebelum memukul adiknya berkali-kali sehingga budak itu menangis.

Adegan tersebut membuat ramai yang puas hati dan memuji kanak-kanak perempuan berkenaan kerana ‘mengajar’ budak lelaki itu.

Sumber: Twitter