Bayi Perempuan Meraung Menahan Perit Swab Test, Suami Pengasuh Positif COVID-19 - Keli Merah -->

Sehingga ke hari ini, berita mengenai bayi positif COVID-19 bukan lagi satu perkara pelik didengari. Hal ini kerana, ketahanan imunisasi badan yang agak lemah boleh menyebabkan mereka mudah terkena jangkitan wabak tersebut. Biarpun sudah berjaga-jaga dalam melindungi anak-anak, tetapi kadangkala wabak itu boleh datang menular daripada bermacam-macam punca.

Awalnya Bersahaja Tenang..Akhirnya Meraung 

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan seorang bayi perempuan mengalirkan air mata semasa menjalani swab test telah mendapat perhatian ramai. Menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun TikTok @farish_jz, kanak-kanak itu awalnya dilihat tenang sambil diriba si ayah di bahagian tempat duduk penumpang.

Kisahnya Mak Ayah Bimbang Disebabkan Suami  Pengasuh Positif Covid-19

Namun sebaik sahaja petugas kesihatan menjolok masuk swab poliester ke dalam rongga hidung, si kecil berkenaan terus meraung gara-gara perit. Menurut Farish, ujian tersebut dilakukan bagi mengetahui status kesihatan anak buahnya berikutan suami kepada pengasuhnya disahkan positif COVID-19.

Kesiannya.. gigil satu badan tak sanggup nak tengok adik menangis tahan perit

Meraih lebih 200 ribu tontonan, rata-rata netizen mengakui simpati melihat keperitan ditanggung si kecil itu. Tidak terkecuali juga yang mendoakan agar kanak-kanak berkenaan terhindar daripada wabak tersebut.

Sumber: farish_jz

Bayi Perempuan Meraung Menahan Perit Swab Test, Suami Pengasuh Positif COVID-19

Load Comments

Notifications

Disqus Logo