eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Buat Perangai Oyen Merajuk Sembunyikan Diri- "Sedih Konon"

 


Oyen ini selalunya dikaitkan dengan kucing yang nakal. Boleh dikatakan video yang viral kebanyakannya adalah Oyen yang memiliki pelbagai karenah. Sama seperti video Oyen merajuk sembunyikan diri dari tuannya yang tular baru-baru ini.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun hatitfi ini, kedengaran tuannya memanggil nama kucingnya Jimmy. Kelihatan rakaman tersebut dibuat di tangki air rumah. Menerusi penerangan pemilik akaun Twitter ini, kucingnya itu merajuk kerana dia tidak membenarkannya masuk dalam bilik tidur malam tadi.

Dicari serata rumah kucingnya itu pada pagi keesokan harinya hinggalah dia memanggil nama kucingnya itu dan ia menyahut dari tangki air tersebut. Berikut adalah rakaman yang dikongsikannya baru-baru ini:



Pandai betul Oyen merajuk sembunyikan diri ya. Tapi bila tuannya panggil pandai menyahut pula tu! Apa-apa pun video Oyen merajuk sembunyikan diri ini telah meraih lebih 162 ribu tontonan dan 4,500 retweets serta 5,700 likes