eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Buaya Berehat Bawah Rumah,Ketika Banjir Di Sarawak

 


Seperti sedia maklum, baru-baru ini negara kita dilanda banjir yang teruk di beberapa negeri di Semenanjung termasuk Sarawak sehingga menyebakan kematian akibat arus deras.

Menurut laporan, keadaan dilaporkan semakin pulih di Semenajung tetapi sebaliknya berlaku di Sarawak apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat ekoran keadaan hujan yang berterusan.

Menerusi perkongsian oleh seorang individu dikenali sebagai Zul Ibrahim di Twitter, dia menunjukkan keadaan kediaman penduduk yang ditenggelami air dipercayai di Sarawak sama seperti Semenanjung.

Keadaan tersebut seakan tidak berbahaya kerana air yang cetek tetapi tetapi rupa-rupanya terdapat pemangsa yang sedang ‘berehat’ di bawah rumah.

Kalau semenanjung banjir, ular sawa banyak, kalau Sarawak..?

Video yang turut dimuat naik turut menunjukkan buaya itu sedang asyik membaham seekor ayam, selain berada di dalam longkang sekaligus menimulkan rasa ‘seram’ warganet.

Tengah makan ayam..




Sumber:@zoulebra