Tidak dinafikan bahawa kadang kala kucing juga bersikap cuai dan bertindak melakukan perkara di luar jangkaan. Tidak kurang juga ada yang memiliki sifat kelam kabut sehingga mendatangkan perkara berbahaya. Oleh itu, sebagai pemilik haiwan kita perlu berhati-hati dan menjaga keselamatan si bulus agar mereka selamat.
Perkara ini termasuklah dengan sebuah video terdapat seekor kucing yang tersepit pada pintu automatik. Jika dilihat berdasarkan rakaman tersebut, haiwan itu sedang berada di pintu masuk pejabat.
Namun lain pula yang jadi apabila kucing tompok itu dilihat berhenti betul-betul pada kawasan pintu automatik sehingga menyebabkan kepalanya tersepit. Ekoran daripada itu, haiwan terbabit kelihatan meronta kerana menahan kesakitan sehinggalah datang seorang lelaki yang menyelamatkannya.
Perkara yang lebih menjadi tumpuan apabila lelaki yang menyelamatkan kucing itu dilihat seakan-akan marah dengan tindakan binatang berkenaan. Secara tidak langsung, reaksi yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan telah membuatkan kebanyakkan warga netizen terhibur setelah melihatnya.