eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Dihina Ketika "live" Mekap Wanita Ini Ucap Terima Kasih Dan Maafkan Netizen Mulut Longkang

 


Sejak semalam, tular di media sosial seorang wanita dihina semasa semasa membuat tutorial mekap di aplikasi Tiktok. Paling menyedihkan apabila dia menghapus mekap yang telah dipakainya secara live selepas terkesan dengan komen negatif.


Dapat Perhatian Artis

Walau bagaimanapun, ramai warganet yang marah dengan individu yang sengaja meninggalkan komen menyakitkan hati terhadap wanita itu. Hal tersebut turut mendapat perhatian selebriti terkenal negara seperti Yuna dan Aizat Amdan.



Terima kasih Semua Yang Beri Kata-Kata Semangat

Menerusi sokongan-sokongan yang diterima, wanita tersebut yang menggunakan nama akaun Sobahra telah mengucapkan ribuan terima kasih diatas kata-kata semangat dan juga positif daripada warganet.



Maafkan semua yang kutuk

Walaupun berasa terluka, namun Sobahra tetap optimis dan mengakui tidak kisah serta sudah memaafkan orang-orang yang mengejinya sebelum ini.

Sumber: Sobahra