eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Diprank Rakan Dengan Harmonika Ketika Tidur "Peh Terus Keluar Naruto Tu.."

 


Kalau tak namaya kawan baik mana mungkin tak pernah menyakat bukan ini merupkan perkara biasa yang berlaku sekadar untuk menghiburkan hati dan mengenakan rakan dengan pelabagai cara termasuklah ketika tidur lagi mudah untuk kenakan rakan sediri sebab mereka tidak dapat berbuat apa-apa

Walau bagaimanapun, berlainan pula dengan sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu milik @rempitlogic dimana terdapat seorang lelaki yang telah diprank oleh beberapa individu ketika dia sedang tidur. Jika diperhatikan pada rakaman tersebut, lelaki yang sedang tidur itu telah diletakkan harmonika di atas mulutnya sambil ditutup hidung.



Keadaan jadi semakin lucu apabila sebaik sahaja hidungnya ditutup, ia terus mengeluarkan bunyi lagu pembukaan anime iaitu Naruto Shippuden yang bertajuk Blue Bird. Rupa-rupanya video berkenaan telah disunting dengan lagu berkenaan. Ternyata, keadaan itu telah membuatkan ramai pengguna Twitter terhibur dengan rakaman terbabit.

kredit:twitter