eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama The Maid Lakonan Norman Hakim, Sherry Al Hadad, Mira Filzah

 

 Saksikan drama 'The Maid' membawakan kisah suami berpoligami empat isteri dan diberikan pembantu rumah setiap seorang. Drama genre komedi thriller, diarahkan oleh Helmi Yusof. Akan mula ditayangkan pada 6 Januari 2021, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104). #TheMaid

JUDUL : THE MAID
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 6 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Rabu, 9:30 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD
PENGARAH : Helmi Yusof
PRODUKSI : Juita Viden
PELAKON : Norman Hakim, Sherry Al Hadad, Mira Filzah, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Siti Khadijah Halim, Zarina Zainoordin, Isha Norsham, Nadya Syahera, Ieda Moin

WATAK PELAKON

Norman Hakim sebagai Jayden
Sherry Alhadad sebagai Suhana
Mira Filzah sebagai Elisa
Eina Azman sebagai Nadia
Ezzaty Abdullah sebagai Fika
Siti Khadijah Halim sebagai Citra
Nadya Syahera sebagai Juju
Ieda Moin sebagai Kak Mel
Nabil Aqil sebagai Remy
Andy Teh sebagai Bahar
Fad Anuar sebagai Jamal Badri

SINOPSIS THE MAID

Mengisahkan seorang lelaki bernama Jay seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jay dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri-isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang di sebalik kematian Elisa?