eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Fara Kekasih Gelap Shuk Dapat Mesej Makian Netizen Selepas Nombor Telefon Tersebar

 

Kemelut rumah tangga yang melibatkan penyampai radio Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah bersama wanita masih belum menemui noktahnya.

wanita itu memuat naik sebuah posting di laman sosial Instagram miliknya mendedahkan ratusan kiriman mesej yang diterima daripada warganet menerusi Instagram serta Whatsapp.


Antara kandungannya adalah kecaman, makian dan ada juga mesej yang berbaur lucah dan mengaibkan. Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan tingkah laku wanita itu selepas didakwa masih menjalin hubungan dengan Shuk.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga bertindak drastik dengan memaparkan wajah-wajah beberapa individu yang menghubunginya.

Nombor telefon berkenaan tersebar setelah Rossalennah atau mesra dipanggil Sera berkongsi sebuah rakaman video memaparkan perbualan suaminya bersama wanita tersebut.

Terdahulu, rumah tangga mereka kembali ‘berapi’ apabila Sera mendedahkan suaminya masih berhubung dengan wanita terbabit.

Sera juga bertindak menerjah rumah wanita berkenaan untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar pulang dengan perasaan hampa.