eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gelagat Anjing Tidurkan Diri Sendiri Cairkan Hati Warganet, “Alahai Comelnya…”

 


Gelagat seekor anjing yang turut menjadi tumpuan pengguna media sosial sejak kebelakangan ini. Menerusi video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter iaitu milik @AnimalsWorld, kelihatan anjing yang berwarna putih itu sedang cuba untuk tidur. 

Namun, perkara yang menjadi perhatian apabila ia cuba menidurkan diri sendiri dengan menepuk wajahnya agar terlelap. “Dia hanya menepuk dirinya sendiri untuk tidur”, kata pemilik akaun terbabit.



Gelagat comel itu telah dibuat sebanyak beberapa kali berikutan dengan dia terjaga dari tidurnya. Setelah melihat keadaan itu, kebanyakkan warga netizen meluahkan rasa teruja mereka dengan gelagat terbabit di samping ada yang turut memuji kecomelan anjing terbabit. Hasilnya, video yang berdurasi selama beberapa saat itu telah mencuri perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 1.3 juta tontonan umum! 





Sumber:Twitter