eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Hannah Delisha Padam Lebih 800 Gambar ‘free hair’

 


Sejak mula mengenakan hijab, pelakon jelita Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne semakin diminati ramai apatah lagi terpesona dengan kecantikan yang dimiliki.


Padam gambar ‘free hair’

Namun setelah empat bulan berhijab, pelakon berusia 24 tahun itu dipercayai telah memadam beberapa foto di akaun Instagram miliknya.

Koleksi ‘mendunia’ sebelum ini sudah dipadam dan tidak lagi dikongsi untuk tatapan umum. Hanya tinggal beberapa ratus sahaja posting yang masih dibiarkan di akaun tersebut.


Namun, ada juga warganet meninggalkan komen meminta pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu untuk turut memadam gambar yang memaparkan dirinya tidak bertudung.




Alhamdulillah. Semoga Hannah sentiasa istiqamah dengan imej barunya dan diharapkan warganet tidak terus menghentam dan beri masa untuk pelakon itu memadam gambar yang tidak perlu dipaparkan.