eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Hanya Minta Doakan Ibu Sihat Dari Strok "Penderma RM1,000 Lampin Bayi & Tuala Wanita"..

 


Banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketika ini sememangnya amat buruk. Ramai mangsa telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara selepas kediaman masing-masing dinaiki air  di paras bahaya.

Susulan daripada itu, banyak  pihak-pihak bukan kerajaan (NGO) dan orang awam hadir memberikan sumbangan kepada mangsa banjir terutamanya dari segi barangan makanan, pakaian dan keperluan harian.

Bantuan Untuk Mangsa Banjir

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Sharifah Hani Yasmin, dia telah menerima barangan berupa lampin bayi dan tuala wanita yang kesemuanya berharga RM1,000 untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir.

Kawan Tambah Lagi Dua Kotak

Lebih mengharukan Sharifah Hani Yasmin  adalah permintaan penyumbang tersebut yang hanya mahu didoakan keadaan ibunya yang sedang berjuang melawan penyakit strok.

Tak lama selepas itu, rakan kepada insan berhati mulia itu telah menghubungi pengguna Twitter tersebut dan menambah lagi dua kotak penuh lampin bayi serta tuala wanita.


Ada Penderma Lain Juga

Selain daripada itu, dia juga menerima sumbangan lampin bayi dan tuala wanita daripada beberapa orang individu yang turut sama mahu membantu mangsa-mangsa banjir di negeri yang sedang dilanda musibah ketika ini.

Ada Juga Yang Sudi Tolong Masukkan Kedalam Kereta 

Ketika mereka tengah berusaha membawa masuk barangan sumbangan itu ke dalam kereta, seorang lelaki dikenali sebagai Encik Fuad telah datang menghampiri mereka dan membantun membawa kotak-kotak tersebut.

Pertolongan murni mereka semua sangat dihargai oleh Sharifah Hani Yasmin dan pastinya barangan yang diberikan akan terus disumbangkan ke mereka yang memerlukan saat ini.