Tak dapat digambarkan keperitan yang ditanggung ibu bapa saat diuji dengan pemergian bayi kecil buat selama-lamanya. Namun memang tiada cara lain untuk gantikan kerinduan tersebut, melainkan sabar dan reda. Kisah meruntun jiwa ini, dikongsikan sendiri oleh seorang ibu menerusi akaun TikToknya.
Dah 4 Bulan Suri Jasmine Pergi..Sikit Tak Kurang Rasa Rindu Ini
Ibu bernama Azma Bidin, kini redha atas pemergian bayi perempuannya sekitar empat bulan lalu akibat komplikasi jantung. Allahyarham adik Nur Suri Jasmine difahamkan telah menghembuskan nafas terakhir pada 15 September lalu ketika dalam pangkuannya. Meskipun perit meneriman kenyataan itu, namun dia bersyukur kerana sempat mencurahkan kasih walaupun cuma seketika.
Tak Sempat Buat Rawatan..Ibu Sayu Kucup Baju Terakhir Dipakai Anak
Lebih meruntun jiwa lagi apabila dia dihubungi seorang pakar memaklumkan tentang beberapa sesi rawatan yang perlu dijalankan ke atas Allahyarhamah Jasmine. Namun siapa sangka, sudah menjadi ketentuan Ilahi apabila bayinya terlebih dahulu pergi ke alam abadi. Tambah ibu muda ini, pakaian terakhir yang dipakai anaknya turut disimpan sebagai kenangan bagi menghilangkan kerinduan di hati mereka sekeluarga.
Sumber:suriorked