eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kanak-kanak Dakwa Didera Diserah Kembali Kepada ibu bapa

 


Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang ditemui bersendirian di Taipan Setia Alam, di sini, sudah diserahkan kembali kepada ibu bapanya, semalam.

Terdahulu, tular di media sosial apabila kanak-kanak terbabit mendakwa dirinya didera dan dihalau dari rumah oleh kedua ibu bapanya itu.

seorang lelaki yang menemuinya dan dipercayai individu sama merakam video berkenaan di sebuah restoran makanan segera di lokasi itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol ketika dihubungi mengesahkan penemuan kanak-kanak perempuan itu di Taipan Setia Alam pada 4 petang semalam.

"Sekitar jam 6 petang, kanak-kanak perempuan itu diserahkan kepada Polis Bantuan SP Setia seterusnya dibawa ke Balai Polis Setia Alam. Kanak-kanak perempuan itu membawa beg pakaiannya dengan menaiki basikal.



"Siasatan awal mendapati tiada kesan penderaan pada tubuh kanak-kanak itu. Dia (kanak-kanak) diserahkan kembali kepada ibu bapanya yang hadir ke balai pada 6.45 petang," katanya.

Mengulas lanjut, Ramsay berkata, ibu bapa kanak-kanak perempuan itu turut membuat laporan polis berkaitan video yang tular itu.

"Polis akan rakam percakapan dan individu-individu yang membuat rakaman juga akan dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.


Dalam perkongsian video itu, kanak-kanak terbabit mendakwa tidak tahan akibat didera sebelum diizinkan ibu bapanya untuk meninggalkan rumah mereka.

"Kata kanak-kanak itu, dia selalu kena marah dan kena dera. Hari ini (semalam) dia tidak tahan sangat, nak keluar rumah. Jadi ibu bapanya izinkan dan teman turun dari rumah dan bagi dia keluar serta kayuh basikal.

"Kanak-kanak itu juga beritahu, ibu bapa ada pesan, jika dirogol jangan salahkan mereka dan jika hilang mereka (ibu bapa) akan lapor polis," katanya lelaki dalam video berkenaan.

Bagaimanapun lelaki terbabit mengakui, dia tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan kanak-kanak itu.

Sumber:hmetro