eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kelakuan Lelaki Di Lampu Isyarat ini Undang Persoalan

 


Membawa kenderaan bertayar dua seperti motosikal dan basikal memerlukan keseimbangan badan. Ini bagi mengelakkan dari terjatuh dan menyebabkan kemalangan. Bila mahu berhenti pastinya kaki perlu jejakkan ke tanah sebelum dipasang tongkat.

Namun begitu lain pula halnya bagi seorang lelaki yang gelagatnya menunggang motosikal dirakam dan menjadi perhatian warganet. Dalam video tersebut kelihatan lelaki tak mahu jejak tanah biar pun motosikalnya perlu berhenti di lampu isyarat.

Biasanya sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, pastinya penunggang motosikal akan menurunkan kaki untuk mengelakkan dari terjatuh. Tapi lelaki ini terus cuba imbangi diri dan motosikalnya dengan mengerakkan sedikit demi sedikit supaya tidak terjatuh.

Berikut adalah video kelakuan lelaki di lampu isyarat ini yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok:




Agak-agaknya apa yang menyebabkan lelaki ini bertindak sedemikian ya? Gigih dia menyeimbangkan motosikalnya sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau untuk jalan.