eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kenyataan Balas Dari Fara Kepada Isteri Syuk “Aku minta kau call JAIS.. Bila masa aku halau kau?

 


Kontroversi antara isteri pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh menjadi semakin hangat di media sosial.

Terbaru, isteri pelawak tersebut yang mesra dipanggil Sera memuat naik paparan skrin kenyataan balas yang dikeluarkan oleh Fara di Instagram miliknya.

“Melawan kau Farah. Kau ingat aku diam lagi ke? Jiran kau jadi saksi. Ok dia ini tahan maki tahan tukul. Sudah jelas bukti semua ada, melawan lagi pos di Instagram semua,” sindir Sera di ruangan kapsyen.

Kenyataan tersebut menujukkan Farah seakan-akan mempertahankan dirinya selain tidak mengaku dengan dakwaan dilemparkan isteri penyampai radio Hot FM tersebut.

“Semalam kau kata nak call JAIS, aku persilakan kau call JAIS, siap bagitahu call polis sekali. Aku offer panggilan vido untuk tour rumah tapi kau tolak. Kenapa!!?,” tulis Fara.

Selain itu, Fara juga mendakwa dirinya tidak menghalau Sera ketika dia datang ke rumah dan menerima ugutan daripada Serra untuk memecah masuk rumahya.

“Bila masa aku halau kau? Kau nak tunggu depan rumah sampai manusia kau cari keluar, so aku tutup pintu dan sambung tidur.

“Kau bagi aku pilihan bukan merayu dekat aku. Bila masa aku campak kasut? Aku bagi dua-dua belah melalui jeriji besi,” bidas Fara lagi.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada penjelasan yang diberikan oleh Shuk mengenai kontroversi panas berkenaan.


Sumber:  Rossa.Sera