eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kerana Terlalu rindu, Kanak-Kanak Redah Malam Ziarah Kubur Ibu Meninggal 4 hari Lepas Bersalin

 


Perasaan rindu kepada insan yang sudah tiada merupakan satu rasa yang sangat berat. Lebih-lebih lagi individu yang meninggal dunia adalah orang yang paling kita sayang seperti ibu atau bapa.

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, seorang lelaki telah memuat naik beberapa gambar tiga orang kanak-kanak berjalan dalam kegelapan malam menziarahi pusara ibu mereka yang baru dikebumikan pada awal pagi tersebut.

Rindu sangat dekat ibu yang sudah meninggal

Pengguna Facebook dikenali sebagai Syaffiq S.Soleh ini memaklumkan bahawa kanak-kanak yang ditemuinya memberitahu amat merindui ibu mereka yang meninggal dunia selepas empat hari bersalin.



Ziarah Kubur Ibu Malam-Malam

Menurutnya lagi, rumah kanak-kanak tersebut berada hanya beberapa ratus meter dari tanah perkuburan menyebabkan mereka berjalan kaki sahaja menuju ke pusara ibu mereka.

Pegang tanah kubur ibu yang masih basah

Paling menyedihkan apabila salah seorang daripada kanak-kanak tersebut memegang tanah yang masih basah sambil meminta maaf serta menyatakan rasa rindunya kepada ibu tersayang.


Tiada orang dewasa dapat teman

Tambah pengguna Facebook itu lagi, disebabkan pada malam terbabit rumah kanak-kanak itu mengadakan majlis tahlil, tiada orang dewasa yang dapat menemaninya ke pusara ibu. Jadi, dia telah pergi ke kawasan tersebut bersama teman-teman seusia dengannya.

Rindu kepada yang sudah tiada cukup memeritkan

Sehubungan dengan perkongsian yang menyentuh hati itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa sebak diatas kisah kanak-kanak tersebut.

Mereka juga mendoakan agar roh allahyarham ibu kanak-kanak terbabit ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dipermudahkan segala urusannya di alam sana.