eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kucing Dibunuh Kejam ,Pemilik Buat Laporan Tapi Polis Seakan Tidak Peduli

 


Seorang wanita berkongsi kisah dirinya yang mencari kucing peliharaan yang hilang secara tiba-tiba melalui akaun Instagram miliknya pada hari Rabu yang lalu. Difahamkan, wanita tersebut mencari kucing peliharaannya yang didakwa hilang selama dua hari namun gagal menemuinya.

Menurut laporan, wanita itu mengungkapkan bahawa seorang individu melihat kucingnya dimasukkan ke dalam sebuah guni oleh seorang lelaki yang mencurigakan. Lelaki itu dikatakan selalu menangkap dan membunuh kucing di mana dagingnya dipercayai akan dijual dengan harga 70,000 rupiah (RM20) per kilogram.

Apabila mengetahui hal tersebut, wanita itu memberanikan diri untuk pergi ke rumah individu berkenaan yang hanya dikenali sebagai ‘A’ bersama dengan seorang wanita yang digelar sebagai Bu Wulan.


“Akhirnya saya memberanikan diri untuk pergi ke rumahnya. Pada awalnya, saya mengalami kesukaran untuk mencari rumah tersebut namun saya berjaya menemukan rumahnya setelah diberitahu oleh seorang kanak-kanak.

“Setelah berdebat panjang, A mengatakan bahawa guni tersebut mengandungi daging anjing. Ini membuatkan Bu Wulan meminta izin untuk membuka guni tersebut. Apabila dibuka, kami melihat banyak kepala kucing malah terdapat kucing bunting,” katanya.

Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki didakwa memarahi mereka berdua kerana dipercayai melakukan kekecohan di kawasan itu. Disebabkan itu, wanita tersebut membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku akan tetapi pihak polis seakan tidak mengambil peduli mengenai pembunuhan kejam terhadap kucing.

Sumber: Suara.com