eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kucing Makan Telur Rebus Bikin Perhatian "Dia punya kalut macam tak makan sebulan"

 


Seekor kucing ini yang telah menjadi perhatian ramai di laman Twitter milik akaun @ulat_bulu_bulu. Manakan tidak, kucing yang berwarna gelap itu dilihat sangat bersemangat untuk berlari mendapatkan tuannya sebaik sahaja ia terdengar bunyi telur rebus yang diketuk. Lebih mengejutkan, kucing itu juga kelihatan sangat tidak sabar untuk mendapatkan santapannya sambil menjerit menggunakan bahasa mereka.



Ia turut dilihat merayu kepada pemiliknya bagi mendapatkan telur rebus berkenaan. Ternyata situasi itu telah membuatkan ramai warga netizen yang tidak percaya dengan gelagat kucing tersebut. Tidak kurang juga ada yang berkongsikan pengalaman kucing masing-masing di halaman berkenaan.

Video yang dihasilkan selama 25 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 25 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter sebaik sahaja ia dimuat naik pada beberapa jam yang lalu.