eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lamar Kekasih Ditaman Pakai Burung "Kretif Sangat Ni" Sweet Betul

 


Setiap lelaki pasti ada caranya sendiri untuk melamar kekasih hati mereka agar ia menjadi detik yang paling indah dalam hidup mereka

Sebuah video yang tular di Twitter baru-baru ini juga menunjukkan seorang lelaki melamar kepada teman wanitanya dengan cara yang unik, iaitu menggunakan burung.

Dalam video tersebut lelaki berkenaan membawa teman wanitanya ke taman burung untuk menyaksikan sebuah pertunjukkan kerana tahu apa yang disukakan teman wanitanya.



 

 Apabila pekerja taman datang membawa seekor burung kakaktua dan bertanya siapa yang ingin bertemu dengan burung bernama Louai itu secara bersemuka, teman wanitanya mengangkat kedua-dua tangannya dengan bersemangat membuatkan dia terpilih.

Pekerja taman di Australia itu kemudian menyuruh wanita itu mengeluarkan sekeping duit nota bernilai 5 dolar. Sebaik melihat duit yang dipegang wanita berkenaan burung itu terbang dan hinggap di tangannya untuk mengambil wang tersebut.

Burung itu kemudian kembali untuk memberikan resit kepada wanita itu dan selepas ia beredar, pekerja taman berkenaan menyuruh wanita itu memeriksa resit tersebut.

Selepas membaca apa yang tertulis pada resit, wanita berkenaan terkejut sementara teman lelaki di sebelahnya melutut sambil menghulurkan cincin.

Adegan lamaran yang kreatif itu membuat ramai terhibur dan cair kerana lelaki itu benar-benar tahu bagaimana teman wanitanya akan memberi reaksi untuk memastikan rancangan lamarannya itu berjaya.

“menangis ibarat…”