eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Layan Drama "Takdir Yang Tertulis" Jalan Cerita Makin Menarik Juweta Mengamuk Sakan

 


Drama Takdir Yang Tertulis disiarkan di TV3 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 malam ini nampaknya kian mendapat perhatian ramai. Drama ini adalah hasil karya dan arahan pengarah hebat Shahrulezad Mohameddin. Dibintangi oleh Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad dan ramai lagi.

Semalam baru sahaja episod 3 ditayangkan dan sekali lagi telah menjadi trending di Twitter. Drama ini mengisahkan mengenai kisah rumahtangga Juweta dan Azlan yang hampir musnah gara-gara orang ketiga. Jalan cerita Takdir Yang Tertulis ini nampaknya makin menarik apabila Azlan sebenarnya sudah berkahwin dengan wanita lain.

Tidak tahan dengan perangai isteri, Juweta, Azlan akhirnya nekad untuk bercerai. Nampaknya Azlan seperti ada perancangan lain yang tersembunyi. Dalam episod akan datang nampaknya Juweta sudah mengetahui Azlan curang dengannya dan ada wanita lain.



Dalam episod 4 malam ini, akhirnya Juweta dapat tahu siapakah wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumahtangganya iaitu Ruhila, sahabat baiknya sendiri. Plot twist betul nampaknya ini!


Agaknya apalah yang akan terjadi seterusnya dalam drama ini? Sama-sama kita nantikan.