kadangkala sebagai pelanggan kita juga akan berasa kecewa jika makanan yang dihantar tidak sama atau mengalami kekurangan gara-gara restoran itu sendiri mahupun rider berkenaan. Pasti ramai juga yang rasa sedikit kesal jika ayam yang diminta terlalu kecil atau tidak sama seperti yang diminta.
Namun, lihat pula kaedah pesanan yang digunakan oleh lelaki ini ketika meminta ayam KFC melalui perkhidmatan berkenaan. Melalui posting yang di upload oleh @dimbadip, lelaki tersebut telah membuat pesanan ringkas melalui aplikasi berkenaan. “Ayam nak besar. Takde takpe, tapi Allah tahu kalau awak tipu”, katanya. Rupa-rupanya lelaki tersebut telah menggunakan cara terbabit untuk mendapatkan bahagian ayam yang besar.
Tanpa disangka-sangka, kaedah yang digunakan oleh lelaki itu benar-benar berkesan sehingga semua ayam KFC yang di order adalah bersaiz besar seperti yang diminta. Setelah melihat keadaan itu, kebanyakkan pengguna Twitter rasa teruja dan turut mahu lakukan perkara yang sama.
Sumber:Twitter