eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lelaki Ini Nekad Bekukan Mayat Isterinya Selama 50 Tahun Supaya Boleh “Dihidupkan” Kembali

 


Seorang lelaki di Shandong, China dilaporkan bertindak membekukan mayat isterinya yang meninggal dunia dengan harapan dapat menghidupkannya kembali. Menurut Mothership, lelaki yang bernama Gui Junmin didakwa telah kehilangan isterinya, Zhan Wenlian akibat kanser paru-paru pada tahun 2017.

Sebelum kematian isterinya itu, Gui mengetahui mengenai tangki kriogenik yang merupakan sebuah teknologi pembekuan atau pengawetan menggunakan suhu yang terlalu rendah. Hal ini, dirinya mendakwa telah melakukan penelitian dan berbincang dengan pakar lalu Gui meminta keizinan kepada isterinya ketika terlantar akibat penyakit tersebut.

Namun, sel kanser itu telah merebak ke bahagian otak sehingga tidak mampu memberi ekspresi atau mengerakkan otot wajahnya. Oleh itu, Gui menyuruh isterinya untuk memegang tangannya sekiranya bersetuju untuk menjalani pengawetan kriogenik.

“Tentu sahaja dia setuju. Kalau dia tidak setuju, dia tidak akan memegang tangan saya,” katanya kepada media tempatan.

Jantung isterinya berhenti berdegup pada 8 Mei 2017 dan pakar di Institut Penyelidikan Sains Hayat Yinfeng didakwa telah menjalankan prosedur itu yang memakan selama 55 jam untuk membekukan mayat. Mayat tersebut diletakkan di dalam tangka kriogenik untuk dibekukan selama 50 tahun. Tangki tersebut didakwa diisi dengan 2,000 liter cecair nitrogen dan disimpan pada suhu -196 darjah celcius.

Bagaimanapun, mayat isterinya bukanlah satu-satunya individu yang dibekukan malah kini terdapat 10 mayat yang kini sudah berusia antara 13 hingga 72 tahun dibekukan di institute tersebut.