eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Luahan Sebak Isteri "Damailah Di sana Suamiku" Gugurnya Wira Negara

 Pemergian pasangan tersayang adalah sesuatu yang menyedihkan, namun ia merupakan satu kenyataan yang tidak dapat dielakkan dan merupakan realiti pahit perlu dihadapi oleh setiap insan bergelar suami dan isteri.

Begitulah seperti diluahkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Asilah Alqarny, berikutan kematian suaminya, Dr Ali Noor Hassan seorang doktor dimana gambar dan berita kematiannya tular di media sosial sejak malam tadi.



Bagaimanapun, Asilah tampil menulis sebuah posting bagi memperbetulkan fakta mengenai kematian suaminya yang ‘didakwa meninggal dunia dalam keadaan tidur akibat kepenatan selepas bertugas di barisan hadapan menangani Covid-19’.



Menerusi kenyataan ditulis, maklumat yang tersebar mengenai punca kematian suaminya adalah kurang tepat. Sebaliknya, arwah suaminya meninggal dunia akibat  ‘acute respiratory distress’ di Hospital Kuala Lumpur.

Namun begitu, Asilah tidak menafikan bahawa suaminya banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh, seperti yang ditulis di keratan berita tular tersebut. Malah sewaktu ijtimak tabligh, Dr Ali menawarkan diri memeriksa pesakit secara percuma.


“Tidak berkira kerja dengan kawan-kawan, dan dia antara yang suka ziarah sahabat/saudara sakit. Ramai yang mesej Dr Ali antara orang yang pertama melawat apabila kawan-kawan tak sihat.

“Beliau jugak banyak bersedekah. Setiap hari walau sedikit,” luah Asilah lagi.
Menurut Asilah, arwah suami juga merupakan seorang anak yang baik dimana banyak memuliakan dan berbakti kepada ibunya.

“Setiap kali beli lauk untuk family mesti akan belikan lauk yang sama untuk arwah emak dia semasa hidup. Mak nak ke klinik atau rawatan memang dia akan usahakan cuti untuk berkhidmat kepada mak dia.

“Sehingga mak dia di diagnosis ‘lung cancer’ pada Ogos 2018 sanggup ambil cuti separuh gaji untuk jaga emak dia. Sehingga ke akhir hayat mak dia di IJN, dia antara yang ajar kan mak kalimah syahadah,” ujarnya.

Jelaslah, Dr Ali merupakan seorang insan yang baik, semua orang menyayanginya. Namun, Allah lebih menyayangi Allahyarham dan menjemputnya untuk bertemuNya di negeri yang abadi.


Maka, pemergiannya wajar dianggap sebagai ‘perginya seorang perwira’ dek kerana telah banyak budi dan baktinya dicurahkan kepada keluarga, agama dan negara tercinta. Innalillahi wa inna lillahi roji’un.

Sumber: Facebook Asilah Alqarny, Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)