eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lucu Gelagat Kucing Nenek Bermain Tarik Perhatian

 

Kucing merupakan haiwan yang amat lincah dan suka bermain apa sahaja yang nampak menarik perhatiannya pasti haiwan tersebut bertindah serta merta seperti ingin menerkam

Kucing juga merupakan haiwan yang manja selalu ingin dibelai dan sentiasa mencari perhatian dari tuannya,sebuah video yang tular di laman akaun Twitter milik @catshouldbe dimana kelihatan seekor kucing hitam yang sedang bermain dengan seorang gadis.



Menerusi rakaman terbabit, kucing hitam nenek itu dilihat bijak meletakkan tapak tangannya di atas tangan gadis tersebut seolah-olah seperti manusia. “Korang semua tengok kucing nenek saya ni”, kata pemilik video berkenaan. 

Ternyata rakaman itu telah membuatkan ramai pengguna Twitter yang terhibur dengan gelagat haiwan berkenaan di samping ada yang turut menginginkan kucing sebagai haiwan peliharaan.



Video yang berdurasi selama 21 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga ia mencapai sebanyak 761 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.







Sumber: catshouldbe