eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

"Macam Laut Biru Dah Aku tengok" Keadaan Banjir Di Thailand Tular


Sejak akhir-akhir ini beberapa kawasan di enam negeri dilanda banjir kilat. Bukan sekadar banjir biasa malah ianya disertakan sekali dengan lumpur yang agak tebal. Lihat sahaja air banjirnya yang sangat keruh seakan ‘teh ais’ menerusi laporan berita dan yang dikongsikan di media sosial.

Kawasan yang air mula surut menyaksikan lumpur yang agak tebal meliputi permukaan bangunan dan rumah-rumah. Tidak boleh dielakkan, mahu atau pun tidak pemilik rumah perlu membersihkan rumah masing-masing dengan bantuan sukarelawan. 

Namun begitu, berbeza pula dengan koleksi foto yang dikongsikan . Difahamkan foto-foto ini adalah keadaan banjir di Thailand. Dipaparkan foto tersebut nampaknya air banjir di sana sangat jernih dan berwarna biru. Berikut adalah beberapa foto tersebut:




Walaubagaimanapun, foto-foto keadaan banjir di Thailand ini sudah disunting menjadikan airnya kebiruan. Jika diteliti pasti boleh nampak beberapa perkara seperti jika air jernih, kenapa tidak nampak kaki di dalam air? Dan ada juga foto yang tidak disunting keseluruhannya.