eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Nakal Si Oyen Last Sekali Kena Sepak Dengan Si Tompok "Terus Senyap"

 


Oyen sudah dikenali dengan sikapnya yang aneh dan melucukan dalam kehidupan seharian. pelbagai rakaman video telah kita tonton tentang perilaku si makhluk berbulu itu yang pasti akan mengundang tawa.

Dalam satu perkongsian video di Twitter @AnimalsWorld, terlihat dua ekor kucing sedang santai berehat di sebuah meja. Seekor berwarna hitam putih berada di atas manakala oyen berada di bawah.

Si oyen yang mungkin sedang kebosanan cuba untuk mengusik ekor si putih untuk diajak main bersama. Si putih yang menyedari ekornya disentuh menoleh ke belakang mencari-cari punca sebelum mengetahui Oyen yang lakukan. Apa yang menarik perhatian ialah tindakan si putih dengan pantas menampar oyen beberapa kali.




Sumber : AnimalsWorld