eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Nobita Berkahwin Dengan Shizuka Dalam Doraemon Stand By Me 2

 


Doraemon adalah siri kartun Jepun pertama bagi ramai individu terutamanya golongan 90an. Kisah yang menceritakan tentang robot kucing dari masa depan yang menjadi rakan baik seorang pelajar sekolah itu menyerikan zaman kanak-kanak kita baik dalam bentuk komik mahupun siri anime.

Sepanjang membesar kita mengikuti kisah Nobita yang mempunyai masalah akadamik dan sering dibuli di sekolah, di samping menaruh hati kepada rakan kelasnya Shizuka.

Nobita akan meminta pertolongan Doraemon untuk melalui cabaran-cabaran ini dengan mudah, walaupun dalam setiap pertolongan alat-alat canggih dari poket Doraemon yang diterimanya memberikannya pengajaran yang penting.

Malah apa yang menarik perhatian ramai adalah Nobita akhirnya mengahwini Shizuka dalam filem kedua ini membuat ramai gembira dengan kesudahan kisahnya itu. Malah Neelofa sendiri pun meluahkan rasa gembira untuk watak tersebut.

Poster filem itu yang tular juga menunjukkan Doraemon menangis, mungkin kerana Nobita tidak lagi memerlukan pertolongannya.