eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Oyen Selalu Viral Tapi Rumah Tuan Woww Menarik Perhatian Warganet "Jatuh Cinta"

 


Ada-ada sahaja berita mengenai telatah kucing Oren atau lebih mesra dengan nama sapaan Oyen yang menghiburkan warganet apabila terjadinya kejadian-kejadian lucu mahupun pelik sehingga mengundang orang ramai ‘geram’ dengan kecomelan kucing tersebut.

Sehingga bermacam-macam ragam Oyen yang telah disaksikan warganet apabila gelagat mereka itu berjaya dirakam lalu dikongsikan kepada umum yang mana ada yang nakal tetapi lucu.

Tidak terkecuali dengan satu perkongsian daripada TikTok amindanish1990 lalu dimuat naik pula diruangan Instagram Hot FM ini kerana ada pula satu telatah Oyen yang berbeza dilihat daripada sebelum ini.

“Siapa yang cakap Oyen nakal tu? Tengok ni aik je dengar cakap, tapi lepastu merajuk la.” Tulis di perkongsian terbabit.

Kucing Oyen yang sering dilihat nakal namun dalam perkongsian terbaharu ini yang viral di media sosial memaparkan sikapnya yang mendengar kata apabila tuannya menyuruh dia masuk rumah kerana sudah gelap.


Tetapi selepas kucing Oyen viral itu masuk ke dalam, ternyata rumah tuannya lebih menarik perhatian warganet apabila rata-ratanya kagum melihat kekemasan rumah tersebut.


“Terbaik luar setinggan… dalam condo terus”