eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pakcik Jual ‘bundle’ Hanya Diterangi Lampu Jalan,Tunggu Pelanggan Bikin Sebak

 


Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakkan 2.0 (PKP) yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam pastinya menghadirkan khabar kurang enak dengan keadaan negara.

Sudah tentu ramai yang kembali terkesan disebabkan penularan pandemik ini sehingga ada yang kehilangan mata pencarian.

Jadi, hal tersebut membuatkan ramai yang sanggup melakukan pelbagai pekerjaan demi untuk mendapatkan sesuap nasi buat diri dan keluarga.

Tunggu pelanggan bawah lampu jalan


Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang tular di media sosial apabila seorang lelaki warga emas berdiri dalam keadaan gelap untuk menjual barangan bundle di tepi jalan.

 
video tersebut telah dimuat naik oleh satu akaun Tiktok bernama bilfami dan dikongsikan semula di Twitter milik wanita bernama YB Kak Mira serta mendapat pelbagai respon warganet.

Jual cadar bundle, kerepek-kerepek

Menerusi maklumat yang disampaikan, pakcik tersebut berdiri di kawasan Pasar Isnin dari siang sehingga malam tanpa berbekalkan lampu di tempatnya berniaga dan tidak ada meja serta kerusi juga.

Dia yang belum tahu mengenai pengumuman PKP sedikit mengeluh dan tergelak kecil seolah-olah menutupi kegusaran hatinya.