eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pergelutan Antara 2 Harimau Buat Ramai Terpegun, “Ngauman Dia Buat Meremang…”

 


Kucing baik yang kecil mahupun yang besar sangat pantang apabila terdapat kucing lain yang menceroboh kawasan dan mencabar kuasa mereka.

Biasanya perselisihan antara kucing akan diselesaikan dengan pergaduhan untuk menunjukkan siapa yang lebih berkuasa.

Itulah juga yang dapat dilihat dalam sebuah video yang dikongsikan di Twitter ini di mana dua ekor harimau bergelut tidak ubah seperti kucing bergaduh.

Pergaduhan antara dua harimau telah membuat netizen terpegun setelah video tersebut menjadi tular. Klip berdurasi 1.18 minit itu menunjukkan dua ekor harimau pada mulanya berjalan beriringan di sebuah kawasan perlindungan hidupan liar ketika kamera pelawat merakam aksi mereka itu.



Namun beberapa saat kemudian perjalanan mereka yang damai berubah menjadi satu pertempuran sengit apabila salah seekor daripada harimau tersebut melompat ke arah harimau yang lain.

Pergelutan antara dua ekor Pak Belang itu hanya berlangsung selama beberapa saat sebelum harimau yang diserang itu menyerah sementara yang lain berjalan pergi.

Video yang dikongsikan oleh pegawai Perkhidmatan Hutan India, Parveen Kaswan itu meraih tumpuan netizen yang rata-ratanya kagum dan terpegun dengan adegan pergelutan dramatik tersebut.

“Haiwan mempunyai akal & kepekaan untuk tidak menyerang lawan yang telah menyerah diri…”

Sumber: Twitter

Sumber: