eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pergelutan Antara Ular Tedung Dan Cempelai Di Atas Jalan Curi Tumpuan

 


Ular Tedung adalah salah satu haiwan yang paling berbahaya dan berbisa menyebabkan ramai percaya bahawa tiada siapa yang dapat terselamat dari serangan ular itu.

Walau bagaimanapun mereka yang sering menonton dokumentari haiwan liar pasti tahu tentang satu haiwan yang lali terhadap bisa ular tedung.

Sebuah video yang telah mencuri perhatian ramai baru-baru ini juga menunjukkan musuh ketat manusia itu berdepan dengan seekor cerpelai di tengah-tengah jalan.




Video yang telah meraih ribuan komen itu menunjukkan seekor ular tedung sedang bergelut dengan seekor cerpelai, sementara pengguna jalan raya yang tidak dapat meneruskan perjalanan mereka kerana terhalang oleh kedua-dua haiwan itu berhenti menyaksikan perlawan berkenaan.


Ular berkenaan dilihat mengangkat kepalanya seperti ingin mematuk sementara cerpelai berkenaan sedaya upaya cuba menangkap kepala ular berbisa itu.

Selepas seketika cerpelai tersebut melarikan diri ke dalam semak sementara ular itu juga mula beredar ke arah bertentangan.

Namun cerpelai itu keluar semula dari semak dan menyerang ular sawa tersebut dari belakang sebelum berjaya menggigit kepala haiwan itu dan melarikan ia ke dalam semak.

Adegan tersebut membuat ramai yang kagum dengan kebolehan cerpelai untuk mengalahkan ular.