eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

PKP Di Pulau Pinang, Selangor, KL, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor Dan Sabah Dari 13 Jan Hingga 26 Jan – PM

 


Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui sidang media sebentar tadi telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Menurut beliau, PKP hanya akan membabitkan enam negeri sahaja iaitu  Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKP Bersyarat pula akan dikenakan ke atas enam lagi negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

✅Enam negeri dikenakan PKP selama 14 hari bermula 13 Jan - 26 Jan 2021. 

✅Rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan. 

✅Hanya 2 orang anggota isi rumah dibenarkan dalam kenderaan sama. 

✅30% dibenarkan bekerja dlm pejabat (kum. pengurusan).



Manakala PKP Pemulihan pula akan dikenakan ke atas negeri Perlis serta Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Tambahnya, negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

  1. Arahan bekerja dari rumah dikuatkuasakan bagi sektor yang tidak disenaraikan sebagai perkhidmatan penting
  2. Pasar raya, klinik, hospital, farmasi dan bank di kawasan PKP dibenarkan beroperasi namun pada tahap berjaga-jaga 
  3. Kedai makan dan penjaja di kawasan PKPB, PKPP dibenarkan beroperasi seperti biasa 
  4. Maksimum lima orang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan di kawasan PKP
  5. Calon SPM sesi 2020 dan 2021 di kawasan PKP dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP ketat
  6. Hanya perkhidmatan 'take-away' dibenarkan di kedai makan dan penjaja di kawasan PKP