Sebuah video yang tular di Twitter dengan hampir 6 juta tontonan menunjukkan seorang anggota polis sedang menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan di tepi jalan yang sunyi.
Anggota polis berkenaan bertanya kepada pemandu kereta yang dihentikannya jika dia memandu di bawah pengaruh alkohol yang mana pemandu itu menjawab tidak.
Pemandu itu berkata mereka berjumpa di laman mencari cinta, Tinder dan telah keluar bersama sebanyak 3 4 kali.
Hairan mengapa polis itu sibuk tentang hubungan dia dengan wanita tersebut, lelaki itu terkejut apabila diberitahu bahawa wanita itu adalah isteri anggota polis berkenaan.
Pemandu lelaki tersebut meminta maaf kerana tidak mengetahui bahawa wanita itu telah berkahwin, dan anggota polis berkenaan melepaskan lelaki tersebut selepas menyuruhnya mengeluarkan semua barang wanita itu dari keretanya.
Selepas pemandu kereta berkenaan beredar, anggota polis tersebut menyuruh isterinya untuk menghubungi ibunya, sebelum meningalkan wanita itu terpinga-pinga di tepi jalan.
Tindakan anggota polis itu meraih pujian ramai kerana dia kekal tenang dalam situasi berkenaan dan tidak menyalahkan pemandu lelaki tersebut.
“Aku akan campak barang dia kat tengah2 gurun…”