eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Reaksi Kucing Liar Minta Makanan Cairkan Hati Warganet, “Aihh Comelnya…”

 


Sebenarnya, kucing liar tidak sama dengan kucing yang didomestikkan. Hal ini kerana, kebanyakkan kucing liar tidak jinak dan tidak banyak berinteraksi dengan manusia ketika sepanjang hidupnya sehingga membuatkan haiwan tersebut takut untuk mendekati manusia. Ditambah pula terdedah dengan situasi dan elemen yang kasar, ia membuatkan haiwan-haiwan ini menjauhkan diri dan tidak mahu dibelai oleh manusia.

Biarpun begitu, berbeza pula dengan sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @FXTVT dimana terdapat seekor kucing liar yang dirakam ketika ia memasuki ke sebuah rumah. Jika ditonton menerusi video tersebut, kucing itu kelihatan sedang meminta makanan daripada pemilik rumah.



Namun, perkara yang lebih menjadi perhatian apabila reaksi haiwan itu yang dilihat sangat sopan ketika meminta makanan membuatkan ramai warga netizen cair dengannya. Ditambah pula dengan kecomelan fizikalnya, ia membuatkan ramai yang geram dengan kecomelan haiwan terbabit

Sumber: FXTVT