eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sebak Dua Jururwat Ini Terpaksa Seberangi Sungai Demi Tugas

 


Sejak berlakunya wabak Covid-19, tidak dinafikan bahawa frontliner antara pihak yang banyak memberikan jasa mereka dalam mengendalikan kes-kes wabak tersebut dimana mereka bekerja tanpa cuti sejak musim pkp tahun yang lalu. Baru-baru ini juga, banyak pihak yang sempat merakam aksi dan gelagat mereka dalam menghiburkan pesakit Covid-19 menerusi tempoh rawatan dan kuarantin.

Biarpun begitu, berbeza pula apabila terdapat dua jururawat yang dilihat ingin ke sebuah perkampungan. Perkara yang lebih menjadi perhatian apabila dua jururawat terbabit terpaksa menyeberangi sebatang sungai dengan hanya bertitikan pokok yang tumbang


Ternyata, ianya bukan satu perkara yang mudah ditambah pula dengan keadaan struktur pokok tumbang berkenaan. Situasi itu sempat dirakam oleh seorang individu dan disiarkan di laman Tiktok pada asalnya. Setelah melihat keadaan itu, rata-rata warga netizen rasa terharu dan sebak melihat usaha kedua-dua jururawat berkenaan dalam memberikan rawatan kepada orang kampung.