eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sebak Tengok Ibu Punggah Sampah Bawa Tiga Anak Kecil

 


 Betul apa orang kata, kalau kita rasa hidup kita dah betul-betul susah, pandanglah sekeliling. Mesti kita akan nampak realiti kehidupan, yang akan ada orang yang lebih susah dari kita.

viral di TikTok dan Twitter video seorang ibu yang memunggah sampah dipercayai untuk meneruskan kelangsungan hidup. Lebih memilukan, kelihatan dia membawa tiga anaknya bersama di tempat pembuangan sampah tersebut.



Video yang dirakam oleh pengguna TikTok, @nadyazaira92 itu dipercayai berlaku di Tumpat, Kelantan. Dalam video tersebut, jelas kedengaran dialek pantai timur yang digunakan pasangan suami isteri tersebut. Kelihatan juga suaminya menghulurkan sejumlah wang kepada ibu tersebut dan pesan supaya beli nasi menggunakan wang itu.


“Kesiannya, ya Allah. Saat aku rasa diri aku dah cukup susah, ada lagi orang yang lebih susah dari aku. Tengok anak-anak dia… sedihnya.” – katanya. 


Paling sebak kalau korang perasan, time suami Nadya hulur duit, nampak jelas si ibu geleng kepala dan kesat air mata. Nampak sangat sebenarnya dia memang tak mengharapkan sebarang bantuan atau simpati orang lain. Tapi, ramai juga netizen yang luahkan rasa sebak mereka selepas lihat video tersebut.


Menurut seorang Ahli Dewan Negara, YB Ustazah Asmak Husin, keluarga tersebut memang ada dapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dibantu oleh penghulu setempat. YB juga menyeru pada mana-mana NGO yang ingin hulurkan bantuan boleh menghubunginya secara terus.


Sumber: Twitter, TikTok