eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sedih Bayi Dilaporkan Maut 4 Hari Selepas Tertelan Bateri

 


Seorang bayi lelaki yang berusia 23 bulan dilaporkan maut akibat tertelan bateri yang berada dalam badannya selama empat hari. Paramedik berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan nyawanya namun mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian dalaman.

Menurut laporan, bayi tersebut didakwa memasukkan bateri ke dalam mulut di mana bateri itu kemudiannya membakar esofagus, usus dan aorta yang mengakibatkan pendarahan. Mangsa yang berasal dari North Carolia, AS dilaporkan meninggal dunia pada 20 Disember yang lalu, lapor The Sun.

Difahamkan, bayi itu memasukkan bateri ke dalam mulut tanpa pengetahuan ibu bapanya. Pada awalnya, ibu bapa mangsa tersebut mendakwa anak mereka terkena jangkitan virus dari bateri itu ekoran suhu badan yang meningkat.

Hal tersebut, mangsa dibawa menjalani rawatan sebanyak dua kali, mangsa dipercayai mula muntah darah sebelum terjatuh tidak sedarkan diri. Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan oleh paramedik untuk menyelamatkannya, bayi tersebut meninggal dunia dan didakwa menemukan bateri pada bahagian usus selepas melakukan bedah siasat.

Oleh hal yang demikian, pihak kesihatan menyarankan para ibu bapa untuk menyimpan bateri dengan selamat dan mengajar anak-anak mengenai perkara yang bahaya pada alat dan mainan yang digunakan supaya dapat mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Sumber: Daily Star